BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Saturday, July 18, 2009

CATAN

Catan merupakan perbuatan meletakkan pewarna "pigment" terlarut dalam pelarut (atau medium) dan agen pengikat (gam) kepada permukaan (sokongan) seperti kertas, kanvas atau dinding. Ini dilakukan oleh pelukis takrif ini digunakan terutamanya jika ia merupakan kerjayanya. Manusia telah melukis selama 6 kali lebih lama berbanding penggunaan tulisan.Catan ialah proses menghasilkan seni dengan menggunakan bahan berwarna atau atau cat yang disapu ke atas sesuatu permukaan yang rata. Aktiviti catan membolehkan seseorang menyedari serta dapat merakamkan kesan cahaya pada bentuk, rupa serta susunan yang terdapat pada alam sekitar.

SEJARAH CATAN

Sejarah catan dikatakan bermula pada Zaman Yunani Purba. Gambaran yang dibuat mengisahkan aktiviti keagamaan. Media yang digunakan ialah mozek dan fresco. Pada Zaman Renaissance yang merupakan zaman kemuncak seni lukis di Eropah, media yang digunakan ialah cat minyak, cat air, fresco dan tempera. Pada abad ke-20, muncul satu aliran baharu dalam persembahan catan yang mempersembahkan catan yang mempersembahkan karya seni abstark dan semi abstrak Di Gua Niah,Sarawak terdapat catan gua yang mengandungi imej-imej perahu burung-burung helang dan figura-figura manusia.Imej-imej tersebut dapat ditafsirkan sebagai percubaan menyuarakan pengalaman senimannya yang secara tidak rasmi bertugas menjadi jurubicara masyarakatnya.Apa yang dilihat dan dirasa oleh pelukis, apabila berhadapan alam sekitar telah dijadikan bahan pengucapan tampakan yang berkesan.Hal benda yang dilukiskan sememangnya penting dalam hidup pelukis dan masyarakatnya.Perahu digunakan sebagai alat pengangkutan yang mustahak, burung-burung helang adalah binatang buruan dan manusia adalah sebagai kawan yang mesti dibantu serta boleh diharapkan.Imej yang dilukis mempunyai peranan dalam hidup manusia.Melukis figura manusia dan burung-burung helang, si pelukis dapat menguasainya kerana bentuk dan rupa manusia dan binatang sudah dapat dicipta kembali.Imej-imej yang terlukis di dalam gua selalu dihormati dan ditakuti.Pengucapan tampakan berupa catan gua ini mungkin juga hasil dari rasa riang, sayang dan ingin menyimpan kenangan.Di Tambun Ipoh,terdapat lakaran di lereng bukit.Hal benda yang terlukis ialah bentuk-bentuk figura manusia dan berbagai jenis binatang.Catan ini dilukis dengan menggunakan pigmen (sejenis bahan pewarna) jenis haematite (batu granit/ferum tridioksida) berwarna merah sepang (warna dari pokok teh) dan ijas(sejenis pokok dan buah dari negara arab).Figura-figura dilukis dengan kasar sehingga hasilnya tidak kelihatan begitu sensitif.Lukisan jenis-jenis binatang agak jelas seperti babi liar, rusa, badak tampung dan duyung. Untuk menunjukkan bahawa ada seekor rusa sedang bunting, si pelukis melakar bayi di dalam konfigurasi ibu yang membuncit.Figura yang sedang bergerak dengan memegang sejenis senjata dilakar dengan sebuah bulatan untuk menyaran kepala satu garis untuk badan dan garis lain untuk kaki dan badan, matanya dua titik dan garis untuk hidung.Kadar banding antara kepala, tengkuk, badan dan kaki dalah munasabah.Binatang yang sedang bergerak pantas hanya boleh dibuat jika pengalaman konsepsual dan visual digabungkan.Negara kita mewarisi catan-catan air daripada para pelukis amatur inggeris seperti James Wathen (1751-1828).Catan air (James Wathen) menggambarkan pandangan darat yang dibuatnya tatkala berada di Pulau Pinang.Rekod-rekod tampakan adalah pernyataan tentang sensitiviti orang asing terhadap permandangan tempatan.Pohon dan lereng bukit memenuhi catan-catan air Wathen yang jelas dihasilkan oleh pencinta alam yang romantis.Warna yang digunakan adalah seolah-olah pohon tropika subur di negeri-negeri yang bermusim bunga.Pada permulaan abad ke-20, altiviti-aktiviti melukis di Malaysia menghasilkan karya catan air, menggunakan teknik barat dan menggambarkan permandangan kampung dengan rumah melayu, kerbau, sawah dan gunung. Kaedah melukis catan air diajar di sekolah-sekolah terutama sekolah beraliran inggeris dan cina.Nanyang Art Academy didirikan di Singapura pada 1936 oleh para seniman pendatang cina seperti Cheong Soo Pieng, Cheng Wen His dan Chuan Thean Teng.Mereka turut mengajar (kecuali Chuan Thean Teng) di akademi tersebut di dalam mata pelajaran seperti lanskap cina, lakaran berus dan dakwat.Mereka memperkenalkan teknik- teknik impressionisme, post- impressionisme dan kiubisme.Setelah perang dunia ke-2, Yong Mun Sen dan Abdullah Ariff melanjutkan tradisi lukisan cat air dan menjual hasil karya kepada para pelancong pada guru-guru, pegawai kerajaan dan peladang- peladang inggeris.Tahun 50-an, Syed Ahmad Jamal dan Yeo Jin Leng serta beberapa orang lain pulang ke tanah air sesudah menerima alatihan di England.Mereka memperkenalkan aliran abstrak ekspressionisme kepada masyarakat tempatan melalui karya mereka.Kumpulan Wednesday Art Group telah mengadakan perjumpaan tiap-tiap hari Rabu (dari pukul 6 petang hingga 8 malam) di bilik-bilik kosong di sekolah-sekolah sekitar Kuala Lumpur, iaitu mencuba gaya ekspressionisme.Pada tahun 1954 tertubuhnya The Selangor Art Society yang menganjurkan agar anggotanya berjumpa untuk melukis pada hari Khamis.Hoessein Enas bersama dengan kawan-kawannya menubuhkan “Angkatan Pelukis Semenanjung” (APS) pada tahun 1967 dengan cogan katanya “seni untuk masyarakat” dan menggunakan kaedah figuratif.Pada tahun 1960-an, perkembangan seni catan Malaysia mendapat perhatian daripada pemerintah dan tertubuhnya Specialist Training Institute di Cheras , Kuala Lumpur yang bertujuan untuk memberi kursus selama setahun kepada para guru yang kelak akan mengajar lukisan dan pertukangan tangan kepada murid.Institut Teknologi MARA telah menubuhkan bahagian Kajian Seni Lukis dan Seni Reka yang memberi kursus- kursus diploma selama empat tahun.Pada tahun 1968, Kuala Lumpur Nanyang Art Academy, di Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan , Universiti Sains Malaysia pada tahun 1972, ditubuhkan Bahagian Seni Halus.Bahagian ini mengajar kursus –kursus Arca, Catan, Grafik Cetakan, Fotografi dan Sejarah Seni.Pada 27Ogos 1958, tertubuhlah Balai Seni Lukis Negara, merupakan lambang pengiktirafan kerajaan kepada kegiatan seni.Kegiatan Balai Senni Lukis Negara kian pesat berkembang terutama mengirimkam karya seniman tempatan untuk di pamerkan ke Eropah, New Zealand, Kanada, Brazil, India, Jepun dan negeri-negeri lain.Di Malaysia, catan mula berkembang sekitar tahun 1930-an. Pelukis yang terkenal ialah Abdullah Ariff dan Yong Mun Sen yang banyak menggunakan media cat air.

Media Catan

Cat Air

Bahan warna dalam karya cat air ialah pewarna dalam bentuk kek atau tiub. Ia bersifat lut sinar, lembut dan boleh dibuat legap sekiranya cat air dari tiub. Cat air akan menjadi tebal sekiranya disapu berlapis-lapis. Bahantara yang digunakan ialah air. Kertas yang digunakan ialah kertas cat air. Berus yang sesuai digunakan untuk karya cat air ialah jenis lembut dan beraiz antara 000 hingga 14. Palet juga diperlukan untuk membancuh warna. Sebuah bekas seperti gelas atau botol yang bermulut lebar diperlukan untuk mengisi air bersih dan untuk mencuci berus.

Cat Poster

Cat poster boleh didapati dalam tiub atau botol. Ia mengandungi pengilat larut air dan bersifat legap. Bahantara yang digunakan ialah air. Berus yang digunakan untuk berkarya menggunakan cat poster ialah jenis lembut dan keras. Manakala kertas daripada jenis ‘cartridge’ yang tebal dan berpermukaan licin digunakan. Air yang bersih diperlukan untuk menghasilkan campuran warna.

Cat Tempera

Bahan warna berbentuk serbuk atau perekat dalam tiub yand=g sedia proses. Ia mengandungi bahan pengilat seperti kuning telur atau gam cecair. Untuk menghasilkan karya menggunakan cat tempera, alat dan bahan yang digunakan ialah berus jenis lembut atau keras, kertas tebal, kain kanvas atau papan. Biasanya teknik yang diaplikasikan ialah disapu mengikut lapisan yang nipis, jalur sapuan diselang-selikan supaya kesan warna rata dan licin.

Cat Minyak

Cat minyak telah diperoleh dalam bentuk tiup. Bahantara untuk menggunakan cat minyak ialah turpetine. Bahan pengilat yang boleh digunakan ialah minyak linsid, minyak poppy atau minyak kacang. Berus yang digunakan adalah jenis lembut dan keras, pisau palet, kekuda, kanvas, papan, kayu playwood dan kadbod. Teknik yang diaplikasikan ialah teknik lipasto, glazing, cat tepat atau hardedge, titik scumbling atau teknik melembut.

Friday, July 17, 2009

Media Catan: Pemandangan waktu senja di jeti perkampungan nelayan

Media Catan: Pemandangan di tepi pantai perkampungan nelayan

Lukisan catan yang berkaitan dengan bua-buahan tempatan

TEKNIK-TEKNIK CATAN

Teknik Catan

Teknik Basah Atas Kering

Ciri-ciri

Teknik ini melibatkan sapuan warna basah ke atas permukaan kertas yang kering untuk menghasilkan kesan legap. Teknik ini banyak digunakan kerana sesuai dengan beberapa jenis media dan agak senang dikawal sapuan warnanya. Teknik ini juga boleh menggunakan warna yang basah dan disapukan ke atas lapisan warna yang telah kering bagi mendapatkan kesan lut sinar.

Campuran Warna

Campuran warna yang hendak digunakan haruslah tidak pekat dan tidak terlalu cair. Kertas hendaklah kering. Sapuan berus yang spontan adalah digalakkan.

Cara

Warna disapu ke atas kertas lukisan yang kering. Mulakan dengan lapisan yan nipis dan ditindih berperingkat-peringkat dengan ton yang semakin gelap. Untuk mendapatkan kesan transparensi, basahkan berus dan celup ke dalam warna yang cair, sapu di atas kertas lukisan. Biarkannya kering dan ulangi aktiviti yang sama.

Teknik Basah Atas Basah

Ciri-ciri

Teknik ini melibatkan sapuan warna cair ke atas permukaan kertas yang basah. Ia menghasilkan kesan lut sinar. Teknik ini merupakan teknik yang dramatik bagi media cat air dan yang paling sukar untuk dikawal sapuannya. Pelukis harus membiarkan warna terdahulu yang masih lembap. Sapuan warna berikutnya adalah lebih tinggi kandungan air dan pewarnanya. Jika tidak, warna akan bercampur dan hasilnya nampak kotor.

Campuran warna

Campuran warna hendaklah tidak terlalu pekat atau terlalu cair. Sebaik-baiknya ia harus mempunyai nilai warna yang cukup terang. Ini kerana warna cat air akan nampak kurang cerah apabila kering. Gunakan sapuan berus yang spontan.

Cara

Kertas dibasahkan dengan satu lapisan air atau warna yang cair. Warna disapukan apabila permukaan masih basah. Jika menggunakan lakaran pensel, elakkan daripada memadam garisan kerana ini akan menimbulkan kesan berbulu. Seterusnya ia akan meninggalkan kesan kering berlegap.


Teknik Berus Kering

Ciri-ciri

Teknik yang melibatkan sapuan warna terus dari tiub ke atas permukaan kertas. Teknik ini boleh juga melibatkan sapuan warna yang pekat ke atas lapisan warna yang telah kering untuk menghasilkan kesan jalinan. Ia akan memberi kesan kering berlegap.

Campuran warna

Gunakan warna terus dari tiub atau bancuhkan warna yang dikehendaki itu dahulu dengan pekat. Kertas hendaklah kering. Sebaik-baiknya, asingkan warna yang telah dibancuh.

Cara

Gunakan berus yang kering untuk mengambil warna yang telah dibancuh. Warna disapukan dengan rata pada bahagian tertentu di atas permukaan kertas yang kering. Sapukan pada bahagian tersebut satu demi satu supaya warna pada setiap bahagian tidak bercampur. Gunakan berus yang halus bagi menandakan jalinan yang halus. Jika ingin menimbulkan kesan tindihan, biarkan warna kering dahulu. Kemudian, sapukan warna yang pekat ke atas lapisan warna yang telah kering.


Teknik Kecatan

Ciri-ciri

Teknik ini melibatkan sapuan warna terus dari tiub. Kertas sentiasa basah sehingga catan selesai dibuat. Catan jenis ini memberi kesan jalinan dan kekasaran. Melalui teknik ini, catan kelihatan bebas, semula jadi dan spontan.

Campuran warna

Warna yang pekat dari tiub digunakan. Sapuan warna terus dari tiub atas kertas. Jika hendak menggunakan air, hanya gunakan sedikit sahaja.

Cara

Ambil warna terus dari tiub dan sapukan pada permukaan kertas lukisan. Campuran warna yang kedua ditindihkan di atas warna yang pertama tanpa menunggu warna itu kering. Kertas sentiasa basah sehingga catan selesai dibuat.

artventureIPGM0 comments

Reactions:


Media Catan

Cat Air

Bahan warna dalam karya cat air ialah pewarna dalam bentuk kek atau tiub. Ia bersifat lut sinar, lembut dan boleh dibuat legap sekiranya cat air dari tiub. Cat air akan menjadi tebal sekiranya disapu berlapis-lapis. Bahantara yang digunakan ialah air. Kertas yang digunakan ialah kertas cat air. Berus yang sesuai digunakan untuk karya cat air ialah jenis lembut dan beraiz antara 000 hingga 14. Palet juga diperlukan untuk membancuh warna. Sebuah bekas seperti gelas atau botol yang bermulut lebar diperlukan untuk mengisi air bersih dan untuk mencuci berus.


Cat Poster

Cat poster boleh didapati dalam tiub atau botol. Ia mengandungi pengilat larut air dan bersifat legap. Bahantara yang digunakan ialah air. Berus yang digunakan untuk berkarya menggunakan cat poster ialah jenis lembut dan keras. Manakala kertas daripada jenis ‘cartridge’ yang tebal dan berpermukaan licin digunakan. Air yang bersih diperlukan untuk menghasilkan campuran warna.


Cat Tempera

Bahan warna berbentuk serbuk atau perekat dalam tiub yand=g sedia proses. Ia mengandungi bahan pengilat seperti kuning telur atau gam cecair. Untuk menghasilkan karya menggunakan cat tempera, alat dan bahan yang digunakan ialah berus jenis lembut atau keras, kertas tebal, kain kanvas atau papan. Biasanya teknik yang diaplikasikan ialah disapu mengikut lapisan yang nipis, jalur sapuan diselang-selikan supaya kesan warna rata dan licin.


Cat Minyak

Cat minyak telah diperoleh dalam bentuk tiup. Bahantara untuk menggunakan cat minyak ialah turpetine. Bahan pengilat yang boleh digunakan ialah minyak linsid, minyak poppy atau minyak kacang. Berus yang digunakan adalah jenis lembut dan keras, pisau palet, kekuda, kanvas, papan, kayu playwood dan kadbod. Teknik yang diaplikasikan ialah teknik lipasto, glazing, cat tepat atau hardedge, titik scumbling atau teknik melembut.

artventureIPGM0 comments

Reactions:


Definisi Catan

Catan merupakan perbuatan meletakkan pewarna "pigment" terlarut dalam pelarut (atau medium) dan agen pengikat (gam) kepada permukaan (sokongan) seperti kertas, kanvas atau dinding. Ini dilakukan oleh pelukis; takrif ini digunakan terutamanya jika ia merupakan kerjayanya. Manusia telah melukis selama 6 kali lebih lama berbanding penggunaan tulisan.

Perkataan lukisan digunakan sebagai bererti lukisan gambar seterusnya dalam rencana ini.

Lebih khusus lagi, rencana ini tentang lukisan pada permukaan untuk sebab artistik, dianggap salah satu pekara penting dalam bentuk seni.

Catan ialah proses menghasilkan seni dengan menggunakan bahan berwarna atau atau cat yang disapu ke atas sesuatu permukaan yang rata. Aktiviti catan membolehkan seseorang menyedari serta dapat merakamkan kesan cahaya pada bentuk, rupa serta susunan yang terdapat pada alam sekitar. Sejarah catan dikatakan bermula pada Zaman Yunani Purba. Gambaran yang dibuat mengisahkan aktiviti keagamaan. Media yang digunakan ialah mozek dan fresco. Pada Zaman Renaissance yang merupakan zaman kemuncak seni lukis di Eropah, media yang digunakan ialah cat minyak, cat air, fresco dan tempera. Pada abad ke-20, muncul satu aliran baharu dalam persembahan catan yang mempersembahkan catan yang mempersembahkan karya seni abstark dan semi abstrak. Di Malaysia, catan mula berkembang sekitar tahun 1930-an. Pelukis yang terkenal ialah Abdullah Ariff dan Yong Mun Sen yang banyak menggunakan media cat air.

ZAMAN EKSPRESSIONISME - KARYA AGUNG "THE SCREAM"



The Scream by Edvard Munch (1893) which inspired 20th century Expressionists

Description


Best known for his iconic painting The Scream, the celebrated Norwegian painter and printmaker Edvard Munch (1863-1944) had the greatest impact on Expressionism of any Scandinavian artist. His intense, evocative treatment of psychological and emotional themes exerted a major influence on the art of the entire 20th century.

Often biographical, his work offers a fascinating insight into the psyche of an artist. No artist observed and painted himself throughout his life as frequently as Munch, and few have revealed their weaknesses and anxieties as frankly.

This handsome volume, which accompanies a major traveling exhibition, contains beautiful reproductions of 150 paintings, drawings, and rarely seen photographic self-portraits of startling originality. The texts set them in the context of the artist's life and career, and also examine how many of Munch's preoccupations remain relevant today. AUTHOR BIO: Iris Müller-Westermann is a curator of international art at the Moderna Museet, Stockholm, and a Munch specialist.



Thursday, July 16, 2009