BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Wednesday, October 28, 2009

Catan

Karya Malaysia. Abdullah Ariff " Bumi Bahagia"

Karya J.L David " The Death Of Socrates"

Karya Andrew Wyeth " Christina World"



Catan Cina

Pengenalan Di dalam catan landskap Cina kebanyakannya menerangkan kepercayaan mereka bahawa manusia merupakan sebahagian daripada alam. Cara pelukis Cina melukis catan mereka adalah dengan mengembara ke seluruh pelosok alam ini adalah kerana mereka mahu menghayati dan merakamkan alam dengan penuh kejujuran. Penerapan disiplin yang tinggi semasa berkarya seperti penumpuan, kerajinan, kehormatan serta kemahiran dalam berkarya mesti disemai oleh setiap pelukis Cina.

Prinsip-prinsip dalam menghasilkan Catan Cina
Terdapat beberapa prinsip yang harus diterapkan dalam menghasilkan catan Cina. Hsieh Ho telah menyenaraikan enam prinsip dalam menghasilkan sebuah catan. Antara prinsip-prinsip berikut adalah seperti Chi yun sheng tung- Getaran rohani atau perasaan pelukis, Ku Fa Yung Pi – Kaedah, tatacara, mutu dan nilai sapuan berus, Ying Mu Hsien Hsing- Pemahaman terhadap objek yang dilukis, Sui Lei Fu Tsai- Penggunaan warna yang bersesuaian, Ching Yin Wei Chin- Pembahagian komposisi dan peranan cahaya dan Ching Mu i Hsieh- Belajar melalui peniruan. Prinsip-prinsip inilah yang telah mengasaskan pengalaman ndan penikmatan catan Cina Sejas berabad-abad lamanya seningga kini.

Perlambangan dan Falsafah dalam Catan Cina
Terdapat banyak perlambangan dan falsafah yang wujud dalam catan Cina seperti:
Shan – gunung, ch’i- atmosfera dan hsing – bentuk. Merupakan tiga unsur yang lazimnya ada pada sesebuah catan Cina. Gunung – lambang kesuburan, keturunan, kekuatan, kesungguhan serta boleh mempengaruhi perasaan dan penghayatan seseorang melalui perubahan atmosfera. Awan – awan cerah melambangkan keharmonian, awan gelap menimbulkan suasana kemuraman. Pokok – Pokok besar seperti ru dan pine membawa maksud pasak bumi dan kedudukan mengikut hirarki. Pokok buluh melambangkan kekayaan, lanjut usia, kejujuran, kebenaran serta mampu menghalau hantu. Pokok orkid melambangkan musim luruh manakala pokok plum blossom melambangkan kecantikan dan lanjut usia. Ikan‘Tui’ melambangkan pertambahan rezeki. Jika bewarna keemasan melambangkan status kaya, manakala hitam kehidupannya biasa sahaja. Ikan kelisa melambangkan kekayaan dan keuntungan. Sungai- melambangkan kegembiraan dan keharmonian.

Falsafah disebalik menghasilkan Catan
Dalam menghasilkan Catan Cina, terdapat beberapa falsafah dalam penghasilannya seperti ’melukis tanpa sombong’ yang bermaksud, memperelokkan lagi hasil yang telah sempurna bagi mempertingkatkan mutu catan. Pelukis tidak harus cepat berpuas hati dan bangga dengan kerjanya. Falsafah seterusnya adalah ’tidak menghadapi kerja dengan lalai’ falsafah ini bermaksud sesorang haruslah bersedia dari segi rohani dan peralatan serta persekitaran sebelum melukis bagi mendapatkan kerja yang sempurna.



Teknik-teknik dalam CATAN

TEKNIK DALAM CATAN

Teknik Basah Atas Kering
Teknik ini melibatkan sapuan warna basah ke atas permukaan kertas yang kering untuk menghasilkan kesan legap. Teknik ini banyak digunakan kerana sesuai dengan beberapa jenis media dan agak senang dikawal sapuan warnanya. Teknik ini juga boleh menggunakan warna yang basah dan disapukan ke atas lapisan warna yang telah kering bagi mendapatkan kesan lut sinar.

CAMPURAN WARNA
Campuran warna yang hendak digunakan haruslah tidak pekat dan tidak terlalu cair. Kertas hendaklah kering. Sapuan berus yang spontan adalah digalakkan.

CARA
Warna disapu ke atas kertas lukisan yang kering. Mulakan dengan lapisan yan nipis dan ditindih berperingkat-peringkat dengan ton yang semakin gelap. Untuk mendapatkan kesan transparensi, basahkan berus dan celup ke dalam warna yang cair, sapu di atas kertas lukisan. Biarkannya kering dan ulangi aktiviti yang sama.

Teknik Basah Atas Basah
Teknik ini melibatkan sapuan warna cair ke atas permukaan kertas yang basah. Ia menghasilkan kesan lut sinar. Teknik ini merupakan teknik yang dramatik bagi media cat air dan yang paling sukar untuk dikawal sapuannya. Pelukis harus membiarkan warna terdahulu yang masih lembap. Sapuan warna berikutnya adalah lebih tinggi kandungan air dan pewarnanya. Jika tidak, warna akan bercampur dan hasilnya nampak kotor.

CAMPURAN WARNA
Campuran warna hendaklah tidak terlalu pekat atau terlalu cair. Sebaik-baiknya ia harus mempunyai nilai warna yang cukup terang. Ini kerana warna cat air akan nampak kurang cerah apabila kering. Gunakan sapuan berus yang spontan.

CARA
Kertas dibasahkan dengan satu lapisan air atau warna yang cair. Warna disapukan apabila permukaan masih basah. Jika menggunakan lakaran pensel, elakkan daripada memadam garisan kerana ini akan menimbulkan kesan berbulu. Seterusnya ia akan meninggalkan kesan kering berlegap.

Teknik Berus Kering
Teknik yang melibatkan sapuan warna terus dari tiub ke atas permukaan kertas. Teknik ini boleh juga melibatkan sapuan warna yang pekat ke atas lapisan warna yang telah kering untuk menghasilkan kesan jalinan. Ia akan memberi kesan kering berlegap.

CAMPURAN WARNA
Gunakan warna terus dari tiub atau bancuhkan warna yang dikehendaki itu dahulu dengan pekat. Kertas hendaklah kering. Sebaik-baiknya, asingkan warna yang telah dibancuh.

CARA
Gunakan berus yang kering untuk mengambil warna yang telah dibancuh. Warna disapukan dengan rata pada bahagian tertentu di atas permukaan kertas yang kering. Sapukan pada bahagian tersebut satu demi satu supaya warna pada setiap bahagian tidak bercampur. Gunakan berus yang halus bagi menandakan jalinan yang halus. Jika ingin menimbulkan kesan tindihan, biarkan warna kering dahulu. Kemudian, sapukan warna yang pekat ke atas lapisan warna yang telah kering.

Lukisan Catan

Lukisan Catan

Asas Seni Reka Dalam Seni Visual

Asas Senireka Dalam PSV

Unsur Seni

Unsur seni terdiri daripada enam elemen asas yang penting dalam penggubahan sesuatu karya seni visual iaitu:

Garisan ialah cantuman dari satu titik ke titik yang lain dengan mempunyai jarak-jarak tertentu. Aplikasi berbagai jenis garisan dapat mencipta rupa, jalinan, ton, corak serta menimbulkan gambaran bentuk, ruang dan gerakan dalam seni visual.
Rupa mesti mempunyai garisan luar (outline) dan sempadan yang mengelilinginya. Rupa ialah sesuatu kawasan yang berbeza dari ruang di sekeliling dan bersifat 2-D (tidak berjisim). Merupakan hasil pertemuan antara penghujung garisan dan permulaannya.

4 Bidang PSV KBSR

Kandungan Sukatan pelajaran Pendidikan Seni Visual sekolah rendah disusun dalam empat bidang kegiatan iaitu:
1. Menggambar
2. Membuat Corak dan Rekaan
3. Membentuk dan Membuat Binaan
4. Mengenal Kraf Tradisional
Setiap bidang ini menekankan keempat-empat aspek iaitu pemerhatian secara aktif, interaksi yang kritis dan kreatif dengan alat dan bahan, apresiasi seni visual serta menghargai nilai baik. Pengajaran akan dilakukan secara bersepadu.

Mengenal Warna Dalam Seni

Mengenal Warna

Mengenali dan memahami tentang warna merupakanb pengatahuan asas penting kepada seorang pelukis. Warna boleh digunakan sewenang- wenangnya. Seorang pelukis yang cekap dan berpengalaman hanya menggunakan beberapa warna sahaja untuk menghasilkan sebuah lukisan yang menarik dan menakjubkan. Mereka mencampurkan warna-warna itu untuk menghasilkan warna-warna lain. Ia juga boleh membezakan sesuatu warna dengan menambah atau mengurangkan campuran warna adalah asas penting yang perlu di ketahui dahulu.

WARNA ASAS/ WARNA PRIMER

Semua objek yang kita lihat di dunia ini adalah berasaskan kepada tiga warna-warna biru.kuning merah. Ketiga-tiga warna ini juga disebut warna asas dalam lukisan.

WARNA SEKUNDER

Warna sekunder deperolehi hasil daripada campuran dua warna asas. Warna jingga (oren) adalah hasil campuran warna merah dan kuning. Warna hijau pula ialah campuran daripada warna biru dan warna kuning. Warna ungu pula hasil daripada campuran warna biru dan mera.

WARNA TERTIER

Warna yang berada diantara warna primer dan warna sekunder adalah hasil campuran warna kuning- oren, mera –oren, biru- hijau, merah-ungu dan biru-ungu.

WARNA KOMPLIMENTARI

Warna-warna komplimentari terhasil dari berbagai campuran warna asas dengan warna sekunder. Banyak sedikitnya warna-warna campuran yang dicampur juga akan menghasilkan warna komplimentari yang berlainan.

TON WARNA

Ton warna atau nilai warna merupakan terang atau gelapnya sesuatu warna tu. Pada sebuah objek yang berwarna merah. Kita akan mendapati ada bahagian yang menampakan warna yang lebih gelap dan ada pula yang menampakan waran yang lebih cerah. Inilah yang dimaksudkan dengan nilai atau ton warna. Terdapat dua cara bagaimana kita boleh dapatkan ton warna yang berbeza pada suatu warna . cara yang pertama ialah mencampurkan warna putih untuk menghasilkan ton cerah dan warna hitam untuk menghasilkan ton yang gelap pada suatu warna itu. Warna yang bercampur air lebih banyak tonnya akan lebih cerah.

PERSPEKTIF WARNA

Perspektif warna menunjukan bagaimana warna sesuatu objek boleh berubah. Apabila jarak dan kedudukan berbeza. Umumnya objek pokok akan mempunyai warna yang berbeza jika dilukis pada jarak dekat dan jarak jauh. Pokok yang dekat ianya mempunyai kelihatan yang terang sementara yang jauh akan nampak lebih pudar dan lembut. Begitu juga terdapat perbzaan yang agak nyata antara warna objek seperti rumput yang lapang dengan rumput dikawasan bayangan. Seperti juga untuk mendapatkan nilai ton warna perspektif warna ini boleh dicapai dengan mencairkan warna itu dengan mencampurkan dengan terpenting bagi menipiskan sesuatu warna itu.

Ton warna dan perspektif warna adalah dua perkara yang sukar dipisahkan .Namun begitu sebuah lukisan warna yang menggunakan ton warna dan perspektif warna yang betul dan baik akan dapat menghasilkan sebuah lukisan yang hidup dan amat bermutu.


Tuesday, October 27, 2009

Teknik Impasto

TEKNIK IMPASTO

-Menggunakan warna yang tebal.
-Menimbulkan kawasan jalinan.

TEKNIK KILATAN.
-Sapuan warna nipis dihasilkan pada lapisan nipis.

TEKNIK TITIK.
-Mempunyai gabungan yang bertitik kecil.
-Teknik titik 2 warna yang berdekatan seolah bercampur melalui mata audien.

TEKNIK SAPUAN TEPAT.
-Mempunyai gubahan yang teratur.
- Mempunyai batsan sapuan warna yang kemas dan tepat.
-Catan seolah-olah dipotong.

Aliran-Aliran Dalam Catan

TEKNIK IMPASTO

Teknik ini mengaplikasikan penggunaan warna tebal dan banyak yang mana ia kontra dengan teknik glazing atau teknik scumbling. Warna yang tebal mengekalkan kesan sapuan berus atau palitan pisau palet (palette knife). Teknik impasto sering digunakan dalam catan alla prima apabila cat yang sapuan tebal dan sapuan berus yang cepat membenarkan catan itu disiapkan dengan cepat.

Aliran-aliran dalam seni visual

AliranNaturalisme
Naturalisme merupakan corak atau aliran dalam seni rupa yang berusaha melukiskan sesuatu objek sesuai dengan alam (nature). Objek yang digambarkan diungkapkan seperti mata melihat. Untuk memberikan kesan mirip diusahakan bentuk yang persis, ini ertinya , keseimbangan, perspektf, pewarnaan dan lainnya diusahakan setepat mungkin sesuai mata kita melihat.

Aliran Romantisme

Romantisme Lukisan aliran romantisme merupakan aliran ini berusaha membangkitkan kenangan romantis dan keindahan di setiap objeknya. Pemandangan alam adalah objek yang sering diambil sebagai latar belakang lukisan.Romantisme dirintis oleh pelukis-pelukis pada zaman penjajahan Belanda dan ditularkan kepada pelukis pribumi untuk tujuan koleksi dan galeri di zaman kolonial. Romantisme merupakan corak dalam seni rupa yang berusaha menampilkan hal-hal yang fantastik, irrasional, indah dan abstrak. Aliran ini melukiskan cerita-cerita romantis tentang tragedi yang dahsyat, kejadian dramatis yang biasa ditampilkan dalam cerita romah. Penggambaran objeknya lebih sedikit dari kenyataan, warna yang lebih meriah, gerakan yang lebih lincah, perwira yang lebih gagah, wanita yang lebih cantik dan sebagainya.

Aliran Kiubisme

Adalah aliran yang cenderung melakukan usaha abstraksi terhadap objek ke dalam bentuk-bentuk geometri untuk mendapatkan sensasi tertentu. Prinsip dasar yang umum pada kubisme iaitu menggambarkan bentuk objek dengan cara memotong, distorsi, overlap, penyederhanaan, transparansi, deformasi, menyusun dan aneka tampak. Gerakan ini dimulai pada media lukisan dan patung melalui pendekatannya masing-masing. Bentuk- bentuk karyanya menggunakan bentuk geometri (segitiga, segiempat, kubus,lingkaran). Seniman kubisme sering menggunakan teknik kolaj, misalnya menampalkan potongan kertas surat khabar, gambar poster.

Aliran Realisme

Realisme di dalam seni rupa bererti usaha menampilkan subjek dalam suatu karya sebagaimana tampil dalam kehidupan sehari-hari tanpa tambahan interpretasi tertentu. Maknanya,kita dapat mengacu kepada usaha dalam seni rupa untuk memperlihatkan kebenaran tanpa menyembunyikan hal yang buruk.
Selain daripada itu, realisme juga adalah suatu aliran yang mempunyai kecenderungan melukiskan segala sesuatu bahan atau persekitaran tanpa berusaha mengidealisasi alam, memperbaiki ataupun menyempurnakannya.

Pemandangan catan

Lukisan catan pemandangan

Catan Cat Minyak


Catan Cat Minyak: Pemandangan

Alat dan bahan: Cat minyak, pallet, thinner, linsed oil, berus dll.